Pertanyaan

Jika anda memerlukan pertanyaan dan ingin memesan barang, bolehlah menghubungi saya melalui talian : 0137116301. TQ

Tuesday, September 11, 2012

Pikat Darah Panglima

Pikat 3ekor untuk dijual. Cukup ciri-ciri pikat membunuh ada pada kesemua pikat ini. Darah sudah banyak lapis, rajin kokok dan lasak. Boleh bawak main dari pagi sampai ke petang. Berkenan SMS saya ditalian 0137116301.

Balong Koyak - Pikat sudah bunuh dalam 30ekor. Kokok serak tengah, hujung singkat. Pemainan banyak tepuk, kecek ibu dan ada tembak. Ayam hutan senang sampai dengar kokok dia. Umur 12bulan.
Harga : RM250 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia shj.    AH senang sampai kalau dengar kokok dia.
SOLD!!!

Anak Muda - Pikat muda baru ajar sudah berlaga dengan ayam hutan sekali tapi tidak kena racik.. Kokok lembut, hujung singkat. Pemainan ada tepuk, kecek ibu dan ada tembak. Umur 09bulan.
Harga : RM150 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia shj.   SOLD!!!


Telinga Besar - Pikat baru, bunuh sekor. Kokok sering, hujung singkat. Pemainan ada tepuk, kecek ibu dan banyak  tembak. Umur 10bulan.
Harga : RM180 termasuk penghantaran di Sem. Malaysia shj.    SOLD!!!




2 comments: