Pertanyaan

Jika anda memerlukan pertanyaan dan ingin memesan barang, bolehlah menghubungi saya melalui talian : 0137116301. TQ

Tuesday, August 28, 2012

Pembiakan Spesis Ayam Hutan


Buat masa ini kami banyak menumpukan kepada pembiakan spesis ayam hutan kacuk seperti ayam hutan Putih, ayam hutan Bulu Jalak, ayam hutan Bulu Betina, ayam hutan yang terdiri dari baka pikat Champion, yang telah terbukti bener-benar membunuh dan ayam hutan yang mempunyai kokokan istemewa seperti kokok tarik ( kokok panjang yang bergetar di tengah dan penghujungnya singkat ), kokok Tongkat dan sebagainya. Ayam hutan yang kami biakbaka ini adalah dari darah kacukan dan bukan ayam hutan asli yang mana ayam hutan asli tidak boleh dibela didalam kurungan. Semoga usaha kami ini akan dapat dikongsi bersama dengan peminat-peminat diluar sana dan jika anda ada memiliki spesis yang berlainan dari biasa, bolehlah kita berkongsi cerita.. TQ

Pikat Champion yang setakat ini adalah buah hati no. 1 saya. Sekarang sedang dibiak baka sepenuh masa.

Ayam Hutan Putih yang diperolehi dari seorang rakan. Induk ayam ini adalah dari induk bapak & ibu ayam hutan merah tetapi ia spesial sikit kerana jadi putih. Pembiakannya sedang kami usahakan.

Ayam Hutan Bulu Jalak, spesis yang jarang diperolehi dan kemungkinan terjadi kerana kacukan asal antara ayam hutan asli yang bermain disekitar rumah penduduk kampung dan kawin dengan ayam kampung biasa.
Ayam Hutan Bulu Betina, spesis bulu betina karat yang unik dan sering menjadi tumpuan kepada para peyimpan koleksi ayam eksotik. Kami sedang mencari ayam hutan bulu betina hitam@hijau untuk koleksi dan pembaka kami. Sesiapa yang ada bolehlah menghubungi saya.

Ayam Philiphines, satu lagi spesis yang unik. Bulu lambaknya yang panjang, ekornya yang lebar dan saiznya yang agak besar benar-benar menarik minat saya apabila melihat spesis ayam ini buat kali pertama dahulu.

Betina ayam Philiphines

11 comments:

  1. salam,
    abang biakan baka ayam polish skali,

    ReplyDelete
  2. Blh send gmbr ayam bulu betina kat wtsapp sy x?
    Sy tgh mencari ayam hutan bulu betina..klu cantik, hrga tggi skit pun xpe..0148222028

    ReplyDelete
  3. Blh send gmbr ayam bulu betina kat wtsapp sy x?
    Sy tgh mencari ayam hutan bulu betina..klu cantik, hrga tggi skit pun xpe..0148222028

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Mencari ayam philipin..masih ad lg tk???
    0136899189

    ReplyDelete
  7. Tolong bg tip kenal anak jala wasap ke 0174281871

    ReplyDelete
  8. Tolong bg tip kenal anak jala wasap ke 0174281871

    ReplyDelete